Sunday, February 01, 2009

Alien On The Earth. #1

Kat sekolah kau mesti banyak kaki-kaki report kan, untuk dapatkan publisiti murahan supaya senang jadi pengawas atau mungkin kerana mereka memang semulajadi lahir penegak keadilan. Bukan mempersoalkan tindakan mereka yang murni kerana kewujudan mereka sememangnya tidak boleh dipandang enteng sebab mereka inilah yang buatkan hidup di sekolah mencabar tapi seronok dan bermakna.

Seronok bila anda dapat meloloskan diri dari cikgu disiplin ketika anda diserbu waktu merokok dalam tandas. Bukan apa, tandaskan ada satu pintu masuk, paling banyak pun dua pintu. Banyak aksi-aksi dipengaruhi adrenalin dapat kau lihat.

Tapi kat sekolah aku dulu, golongan ini dipanggil kaki retort. Sebab baru belajar sainskan masa tu, dan baru tau kaki retort bukanlah simpulan bahasa melayu seperti kaki minum, kaki pukul, jauh sekali kaki tangan kerajaan.

Aku baru saja sampai ke negara penyebab perang waktu dahulu, yang menyebabkan Amerika berkuasa sampai sekarang. Dulu aku selalu dengar orang kata gadis-gadis german tak chantek, tapi setakat ni aku tonton lebih kurang semua macam model je ( walaupun ada sesetengah tu hanya layak jadi model karipap Bedah Piah ), kecualilah yang tua-tua. Tapi, ada tapi lagi, dalam hati masih cuba bernyanyi, siapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati tiada memikat tapi tadi baru sahaja keperawanan mataku dirobek setelah baca benda-benda membodohkan, melalaikan, serta menjolok mata (bukan baca sangat pun kerana gambar lebih menarik) di toko buku di stesen keretapi Konstanz (Konstanz Bahnhof).

Nantilah aku retort yang selebihnya tentang benda-benda best mahupun tak best yang berlaku kat sini, tapi bukan dalam bentuk yang bosan contohnya seperti ketika aku mengalami kesukaran mencebok kerana perlu sentiasa beristinjak atau yang lain-lain yang lebih bosan. Banyak lagi yang berlaku walaupun baru 2 hari aku di sini.

Entah macam mana 5 tahun akan datang. Aku jadi apa, kau ke mana pun tak boleh kita jangka.

3 comments:

Anonymous said...

'cebok' mencari 'baldi'...

Maisarah Omar said...

goodlucky in German ;)
make sure ur 'retorting' well.

Countess Miem said...

xpaham entry ni T_T.

tapi aku dulu pengawas. best la jgk. dpt sijil

Goodluck in Germany.