Saturday, November 14, 2009

Pre-Departure

Jangan menangis sayang
aku bukannya apa
tadi dah cakap kan sayang
sayang taknak percaya
sayang seorang
bagai cahaya
siang dan malam
sumpah ku kan setia

sampai disini kawan
kita berjumpa nanti
mereka kata kawan
datang dan pergi
mungkin satu hari
kita bertemu muka
jangan segan nak tegur
mungkin aku belanja

maafkan saya abah
saya keras kepala
saya jenis yang susah
nak dengar kata
saya ingat selalu
kata abah dahulu
fikir-fikir
jangan bertindak melulu

janganlah sedih mama
saya pergi tak lama
doakan saya mama
sampai berjaya
kalau tiada
khabar berita
maksudnya saya
sihat-sihat sahaja

Klik untuk lagu