Friday, February 27, 2009

Alien On The Earth. #3

Masa aku bersekolah di Jasin dulu, tempat tu tak lah maju gila. Kalau nak jumpa 7E pun kena jalan kaki dalam 30 minit, baru sampai ke pekan. Tapi kena awas, kadang-kadang mungkin terserempak dengan polis peronda di sekitar pekan, aktiviti merayau-rayau pada malam hari mungkin boleh mengundang syak wasangka. Aku dulu pernah dikejar polis sampai nak tercirit takut masuk lokap, kemudiannya ditangkap tapi diserahkan kepada ketua warden, dan esoknya kena rotan sampai aku melepak di bilik sakit dalam keadaan meniarap kerana terlalu perit yang amat.

Kerana merasakan perjalanan yang jauh ke 7E tu tidaklah berbaloi titik peluh, ada satu kedai pakcik tua di Simpang Kerayong dekat dengan masjid, yang juga kami panggil 7E, sebab kau memang boleh lawat kedai tu walaupun pukul 4 pagi sekalipun. Ketuk saja pintu kayu kedai tu, pakcik tua tu akan bangun dari tempat tidur dan melayan kerenah pelanggan dengan sabar. Itulah Malaysia, yang mana orang kata orang melayu ni pemalas dan tak suka bekerja kuat.

Tempat aku tinggal sekarang ni, tak ada kedai macam 7E atau kedai-kedai yang dibuka 24 jam. Bukan apa, kadang-kadang ada sesetengah spesis manusia ni perlu udara lebih dari sekadar oksigen, untuk mengekalkan daya fungsi otak dengan efisyen. Ada mesin yang menjual barang-barang secara automatik atau senang cerita, vending machines, seperti mesin jual kopi, topup, coklat, kondom, dan rokok. Kecuali kondom dan rokok aku tiada masalah dengan mesin itu, tapi lewat malam semalam aku cuba beli rokok dari mesin. Rasa macam senang je tapi ada arahan kau kena patuhi, ouh, dalam bahasa asing, aku dah siap bawak kamus dan ikut satu-satu arahan tapi tak keluar juga. Rasa nak sepak jugak mesin tu macam mesin-mesin air atau telefon awam diperlakukan dengan rakusnya di Malaysia.

Aku terfikir jugak, kenapalah tak ada orang nak buka kedai 24 jam kat sini, adakah kerana mereka lebih malas, atau mereka lebih bergantung kepada mesin, atau mereka lebih mengutamakan waktu tidur mereka? Import saja Mat-mat Indonesia atau Bangladesh suruh mereka jaga kaunter, kau bangsa yang maju ni bolehlah goyang kaki. Mungkin lebih senang.

Tapi ada satu insiden, kawan aku tanya mana nak beli topup, sebab dia datang dari tempat lain, tak tau bagaimana keadaannya di tempat aku. Aku sarankan beli saja dari mesin automatik, kerena mungkin dapat elakkan komunikasi dalam bahasa yang aku sendiri tergagap-gagap dan perlu 10 minit untuk menyusun ayat yang betul dari segi tatabahasanya. Kawan aku masukkan not 20 euro untuk harga topup 15 euro, tapi kemudiannya mesin tu hanya tahu pulangkan 3 euro sebagai baki. Kawan aku cakap, "tak apalah, 2 euro tu mungkin harga mengelakkan komunikasi dengan mat saleh." Sinis sekali maksudnya itu.

Kalau aku fikir dari sudut yang lain, mungkin dengan cara ini mereka dapat buatkan aku dapat hidup dengan lebih lama, mungkin lebih 2 atau 3 hari. Bagus juga.

4 comments:

Azwa Laila said...

interesting pic up there,i think its better if there's few vending maschine in malaysia like those here,if not gibt es mehr jugendliche,die präser kaufen möchte, und das wollen wir nicht;)

heyya,didnt know u went to jasin,mrsm eh?

Anonymous said...

owh..at last sedar jugak adik kakak ni..
dapat panjangkan hidup 1 hari.

Unknown said...

babi. kawan kau itu adalah aku haha. tak guna punya mesin. tak membantu meningkatkan tahap perbualan dalam bahasa asing pun.

flip flop flap flup

Unknown said...

hahahaha.. bukan vending machine die cam besar giler ke? urghhh susah nye nk communicate dalam bahasa asing.