Monday, March 28, 2011

Bismillah

Tuhanku, Tuhan Maha Agung Seluruh Alam,

Tuhanku yang menerangi gelap malam.

Aku hambamu yang tahu dan takut,

namun tidak pula aku menurut.

Aku bercita,

namun tidak pula aku berusaha.

Engkau Tuhan Pemberi Petunjuk,

nyalakan apimu andai hatiku sejuk.

Kejutkan aku dengan acaraMu,

jangan biar hatiku jemu,

Mengharapkan taman,

indah ciptaanMu Tuhan,

Aku tidak pernah melihat,

tidak pula aku mengingat.

Jika kasih,

dengarkan aku merintih.

Thursday, March 17, 2011

Karena kamu cuma satu, Ayam Brand.



Jumpa kat dapur tadi. Tak tau siapa punya. Tulisan dekat tin bahasa thai, tapi 'baik sebelum' je ditulis dalam bahasa melayu. 2012. Gua stret habiskan.

"Ayam Brand kot." Mungkin benda ni je dalam fikiran masa tu. Syaitan aku memang kuat gila.

P.S.: Jangan cerita kat orang lain aku curi makan. Cerita kat kau je.
P.S2.: Sebenarnya tu tajuk lagu kat bawah ni. Awek cun gila.

 

Tiup-tiup. Kebas-kebas. Sapu-sapu. Berhabuk gila blog. Dah setahun tak layan blog. Outdated gila blogspot. Orang mula blog, nak buat jugak. Facebook, Twitter, Tumblr. Semua sama je. Tak nak ketinggalan punya pasal. Hidup bosan, tapi dalam blog cerita macam-macam, nak bagi nampak menarik. Citpodah. Tak pun nak cerita pasal twisted philosophy kau tu. Kau sorang je yang cool dan betul. What the hell la dunia sekarang ni.

Sampai satu masa aku rasa macam budak-budak tulis blog. Idea merapu-rapu. Serius tak cool. Macam pondan aku rasa. Sama macam orang lelaki guna lol. Tak cool. 


Okay sebab lain aku berhenti tulis blog adalah kerana mak aku suka baca blog. Bukan tak suka mak aku baca apa aku tulis, cuma rasa janggal. Sebab orang lain tak baca sangat pun, mak aku pulak yang tanya, "eh bila nak update blog?" Tapi mak orang lain ada ke baca blog? Cool kan mak aku. Aku panggil dia mama. ⇐ Smiley sepam walaupun smiley tak cool, tapi sebab aku sayang mak aku, tak kisah jadi tak cool sekejap.

Tapi sekarang, aku dah tua, tak cool mana, aku akan tulis blog kadang-kadang. Sebab hidup aku sumpah bosan.

Auf Wiedersehen.