Saturday, March 21, 2009

Ayat Wajib.

Flip dengan jayanya telah menghuraikan ayat-ayat wajib yang biasa digunakan. Tapi setelah 2 minggu aku bergaul dengan orang-orang disini percakapan aku sedikit sebanyak telah berubah, kerana dialog 'Ich kann nur ein bisschen Deutsch sprechen.(Saya boleh hanya sikit-sikit german bercakap.)' tidak sesuai diulang tiap-tiap kali bercakap dengan orang yang sama. Aku akan sambung sedikit, mengikut pengalaman aku, untuk dibuat panduan rakan-rakan. Memang boleh digunakan banyak kali, setiap masa. Ada beberapa situasi yang aku dapat fikir, antaranya;

Situasi 1: Selalunya tulisan pensyarah-pensyarah di german ni memang buruk, sumpah buruk, bersambung-sambung, macam, erk... macam sial. Aku ingat aku seorang sahaja yang tak dapat baca dengan lancar, tapi german-german semuanya mengerutkan dahi juga, maka tulisan pensyarah itu memanglah buruk, macam, erk... macam sial. Serius. Tapi dengan masa yang lebih pantas (daripada aku, pastilah) german-german akan lebih cepat memahami apa yang ditulis dengan buruk itu. Lantas aku akan tanya orang sebelah (sempurna, hanya dia duduk di sebelah aku.)

'Was hat er/sie geschrieben? Was ist die Bedeutung des Wortes? Es ist problematisch, wenn ich so viele neue Worte kennen muss.' (Apa telah dia[lelaki]/dia[perempuan] tulis? Apa maksud perkataan itu? Memang masalah, bila saya banyak perkataan baru tahu mesti.)

Lepas kelas bolehlah dibuat isi untuk berdialog dengan orang german, kutuk-kutuk pensyarah itu hanya kerana tulisannya buruk. Apalah dosa mereka.

Situasi 2: German-german kadang-kadang lupa bahawa kau seorang yang masih tidak fasih berkomunikasi dalam bahasa mereka, jadi mereka bercakap dengan laju. Aku akan guna ayat yang sudah dihafal dari semester satu di Intec lagi.

'Wie?' (Pardon?)

Tak faham lagi. Guna ayat ni pulak.

'Wie bitte?' (Pardon, please.)

Tak faham lagi. Ayat ini ada. Tapi bukan ayat semester satu di Intec.

'Ich kann, was hast du gerade gesagt, nicht gut hören, weil du sehr schnell/undeutlich sprichst.' ( Saya boleh, apa telah kamu sebentar tadi cakap, tidak dengan bagus dengar, kerana kamu sangat laju/tidak jelas bercakap.)

Tak perlu guna ayat-ayat kias macam kat Malaysia, cakap sahaja tak faham. Tak perlu juga mengelakkan komunikasi itu dengan mengangkat telefon bimbit, lalu berpura-pura bercakap seperti ada orang di talian, atau dengan mengatakan kau perlu ke tandas dengan segera, kerana ada hal yang mustahak.

Situasi 3: Kaum lelaki paling senang nak berkawan, sebab mereka lelaki, dan bukan hanya kerana mereka bersosej, mereka juga mempunyai satu benda yang sama, sebab mereka lelaki, iaitu perangai, yang mereka kongsi bersama. Salah satu perangai yang itu adalah mata yang liar. Jadi tidak susah untuk memulakan bicara. Aku bagi contoh, kalau dekat cafe, duduklah dengan mat saleh. Orang perempuan yang berbaju singkat mesti akan membolehnampakkan apa mereka pakai didalam seluar kerana seluar itu pasti akan jatuh sedikit, sama ada jenis nenek, tali-G, tidak pakai, dan berbagai lagi jenis-jenis, yang aku taktahu namanya. Kalau nampak je pemandangan tersebut tegurlah orang sebelah kau kalau dia lelaki.

'Hey, gück den Mädchen dort mal." ( Hey, tengok perempuan tu sekali.)

Lepas tu pasti akan ada hilai tawa, dan orang lelaki yang kau tegur tadi akan mula suka kau untuk dibuat berkawan, hanya kerana kita lelaki yang bersosej, yang mempunyai perangai yang lebih kurang. Senang bukan? Tapi tengok oranglah jugak kalau nak tegur.

2 comments:

Unknown said...

haha aku maha bersetuju tentang kejadian penulisan buruk professor tersebut. masalah jadi makin teruk bila kwan german sebelah kau pun tulisan buruk macam sosej so nak tak nak kena la cakap dan bila cakap maka kena marah dgn professor. dah la pendatang asing, buat bising lak. haha. sosej betul.

anyway tidak semua sosej dipotong hujungnya bukan? (hanya info tambahan yang tiada maklumat berguna)

flip flop flap flup

Unknown said...

hahaha.. good info.. aku selalu " woahhh, slow down, I was born in america" bile kawan american aku cakap laju gile